Tentang Program

Kenapa Ingin Jadi Seorang Positive Teen?

Ruang Untuk Bergaul Dengan Remaja Lain

Kami faham kadangkala hidup boleh buat anda tertekan. Tekanan boleh datang daripada keluarga, rakan-rakan dan diri sendiri! Program Positive Teens ingin memberi anda ruang untuk anda melupakan apa yang berlaku di sekolah dan di rumah untuk beberapa jam. Sama ada melalui pertemuan santai, aktiviti kebajikan atau sukarelawan, program Positive Teens ingin menyediakan ruang selamat untuk anda bergaul dengan remaja lain yang berpandangan sama.

Peluang Untuk Membina Kemahiran Diri

Ingin mengasah kemahiran diri anda? Inilah tempatnya. Program Positive Teens memberikan anda peluang untuk mengembangkan diri. Komunikasi? Kepimpinan? Kemahiran interpersonal? Katakan saja, kami ada caranya! Sertai program Positive Teens untuk berpeluang melibatkan diri dalam mengembangkan, merancang dan menguruskan aktiviti program.

Tempat Untuk Meminta Bantuan Daripada Pakar Kesihatan

Kesihatan dan kesejahteraan ialah topik yang sukar dibincangkan dengan ibu bapa, jadi ramai antara kita yang meminta bantuan daripada internet. Namun maklumat yang terlampau banyak di internet mungkin menyukarkan kita mendapatkan nasihat dan panduan yang betul. Program Positive Teens memberikan anda maklumat yang tepat dan berguna dengan menyediakan kandungan yang datang terus daripada pakar kesihatan.

Sijil Rasmi & Anugerah

Peserta yang berjaya menjadi seorang Positive Teens harus diberi penghargaan. Program Positive Teens akan menganugerahkan ahli yang aktif dengan sijil rasmi yang diakui oleh Persatuan Pediatrik Malaysia. Semestinya, sesiapa yang menunjukkan potensi lebih baik akan mendapat hadiah dan anugerah khas bagi meraikan pencapaian mereka.

Peluang Untuk Berkhidmat Kepada Komuniti

Seorang Positive Teen akan berusaha menjadi diri dan warga masyarakat yang lebih baik. Program Positive Teens ingin menanam nilai ini dengan memberikan peluang untuk anda menyumbang kepada komuniti melalui aktiviti kebajikan, komuniti, sukarelawan dan banyak lagi!