Tentang Program

Bagaimana Caranya?

Daftar

Daftar

Dapatkan maklumat daripada sekolah anda atau hubungi kami terus untuk mendaftar ke program Positive Teens.

Bengkel Positive Teens

Bengkel Positive Teens

Sertai Bengkel Positive Teens untuk bergaul, belajar, dan berseronok dengan rakan-rakan Positive Teens lain. Sertai aktiviti menarik dan sesi interaktif bersama pakar kesihatan. Jom bersama ikuti acara pengenalan ini dan capai potensi penuh anda!

Pelbagai Aktiviti Positive Teens

Pelbagai Aktiviti Positive Teens

Aktiviti Positive Teens berjalan sepanjang tahun! Sertai kami untuk aktiviti sukarelawan, kebajikan, sukan dan berseronok bersama. Terdapat pelbagai aktiviti untuk semua! Sebagai salah seorang Positive Teen, anda boleh menyertai, menikmati, malah membantu menganjurkan aktiviti-aktiviti ini. Libatkan diri dan beri sumbangan!

Malam Anugerah Positive Teens

Malam Anugerah Positive Teens

Sertai kami pada Malam Anugerah Positive Teens, sebuah sambutan untuk meraikan komitmen dan pencapaian para peserta sepanjang tahun. Alami malam yang gah dengan hadiah, hiburan, dan anugerah, untuk mengakhiri tahun dengan bergaya!

“Saya Seorang Positive Teen!”

“Saya Seorang Positive Teen!”

Tahniah! Setelah setahun menyertai program kami, anda kini seorang Positive Teen!

Program Positive Teens

Program Positive Teens faham bahawa mengimbangi jadual akademik, hidup sosial dan aktiviti kokurikulum membuatkan anda tidak banyak masa terluang. Program Positive Teens berjalan secara tahunan dan diisi dengan acara sepanjang tahun yang boleh anda sertai mengikut jadual anda. Baca di bawah untuk memahami struktur program kami.

Bengkel Positive Teens

Bengkel Positive Teens merupakan acara pengenalan untuk semua peserta Positive Teens berkumpul dan bergaul sesama sendiri. Ia merupakan acara yang penuh dengan aktiviti menarik, pertandingan dan sesi pembelajaran interaktif bersama pakar kesihatan. Jangan terlepas daripada menyertai aktiviti pengenalan ini kerana anda mungkin memenangi hadiah hebat!

Pelbagai Aktiviti Positive Teens

Aktiviti Positive Teens akan berlangsung sepanjang tahun. Daripada sukarelawan, kebajikan, sukan, malah makan tengah hari bersama, terdapat pelbagai aktiviti untuk semua orang. Sebagai Positive Teens, anda bukan saja boleh menyertai dan menikmati aktiviti ini, malah boleh melibatkan diri untuk menganjurkannya.

Malam Anugerah Positive Teens

Akhiri tahun dengan bergaya pada Malam Anugerah Positive Teens. Ini merupakan acara sosial tahunan yang dianjurkan oleh para peserta Positive Teens untuk meraikan komitmen dan pencapaian mereka sepanjang tahun. Sertai malam yang meriah ini yang dipenuhi hadiah, hiburan dan anugerah.