Selamat Datang ke Positive Teens!

Sebuah pusat sumber maklumat kesihatan dan kesejahteraan bersepadu untuk remaja di Malaysia! Program Positive Teens bertujuan untuk memperkasakan remaja Malaysia dengan memberikan mereka panduan penjagaan kesihatan dan peluang membina peribadi bagi menjamin masa depan yang lebih sihat.

Apakah Positive Teens?

Kami merupakan program “Pakar-dan-Remaja” PERTAMA di Malaysia. Sertai program Positive Teens bagi mendapatkan maklumat penjagaan kesihatan yang diperakui oleh pakar kesihatan dalam satu ruang selamat. Namun, bukan itu saja. Kami juga ingin memberi peluang kepada anda untuk mengembangkan kemahiran diri dan menjadi saluran untuk anda berhubung dengan Positive Teens lain.

Klik butang di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Positive Teens

Maklumat Lanjut

Matlamat Kami

Kami ingin menyediakan kepada remaja:

Ruang selamat untuk remaja berkumpul dan bergaul dengan remaja lain yang sepandangan dengan mereka.

Akses kepada nasihat dan panduan daripada pakar kesihatan

Peluang untuk perkembangan diri

Pengalaman menjadi sebahagian daripada komuniti yang menyokong

Perjalanan Seorang Positive Teen

Jom sertai perjalanan mengujakan untuk menjadi seorang Positive Teen bagi mencapai potensi penuh anda. Program Positive Teens bukan saja akan membentuk anda menjadi individu positif, malah seorang ahli masyarakat yang positif. Klik di bawah untuk mengetahui apa maknanya menjadi seorang Positive Teen.

Tanya Pakar

Mahu dapatkan nasihat atau panduan untuk kesejahteraan hidup? Kami boleh bantu anda! Klik ikon di bawah bahagian kanan halaman ini untuk menghantar soalan tentang apa-apa topik pilihan anda.