Pengenalan Kepada Program Positive Teens

Selamat datang ke laman web Positive Teens! Kami di Positive Teens menghargai betapa pentingnya
untuk menjaga kesihatan dan memupuk perkembangan remaja secara sihat dan menyeronokkan.
Kami faham bahawa beberapa topik kesihatan mungkin sukar untuk dibincangkan dengan ibu bapa
anda. Kesihatan mental? Pendidikan seks? Ketagihan? Dan banyak lagi.

Pasti bagus jika ada ruang selamat untuk mendapatkan maklumat kesihatan yang boleh dipercayai
daripada doktor atau pakar psikologi tanpa perlu menggunakan carian web secara privasi pada lewat
malam ketika orang lain sudah tidur, bukan? Memperkenalkan program Positive Teens. Sebuah
program yang bertujuan untuk menyediakan ruang selamat kepada remaja daripada pelbagai latar
belakang untuk mendapatkan nasihat dan maklumat daripada para pakar mengenai topik yang ANDA
perlukan bantuan.

Tapi kami tidak mahu berhenti di situ saja. Kami faham zaman remaja kadangkala boleh jadi
mengelirukan dan merungsingkan. Program Positive Teens juga mahu membantu dengan memberi
peluang kepada remaja untuk melegakan tekanan daripada sekolah atau rumah secara positif. Sertai
program Positive Teens untuk bertemu remaja-remaja seperti anda dan menyumbang kembali
kepada komuniti melalui pelbagai kegiatan (cth: aktiviti sukarelawan, mengumpul dana, dll.)

Secara ringkasnya, inisiatif ini dilancarkan dengan harapan untuk membina komuniti yang celik
kesihatan, terdiri daripada “Positive Teens”. Jika anda berminat untuk menyertai kami, sila ikuti kami
di media sosial atau lawat laman web kami di www.positiveteens.org.my untuk mendapatkan berita,
kemaskini dan kandungan terbaru.

Media Sosial: