4 Langkah Untuk Menangani Komen “Body Shaming”

Apakah “Body Shaming?”

Body Shaming”: Apa-apa perbuatan atau ekspresi yang mengejek, mengutuk, atau memalukan ciri-ciri, bentuk, atau saiz tubuh seseorang.

4 Langkah Untuk Menangani “Body Shaming”

Sama ada ketika perjumpaan keluarga, atau semasa lepak dengan kawan-kawan, kita semua pasti pernah menerima komen “body shaming” yang menyakitkan hati. “Kamu dah makin berisi la lepas cuti…”, “Kurusnya, makan la banyak sikit…”, “Takde siapa nak kat kau yang berbulu ni…”, serta pelbagai komen lagi. Bagaimana anda mahu memberi respons? Berikut beberapa langkah untuk menangani komen-komen seperti ini.

  1. Proses Emosi Anda
    Ambil masa untuk fikirkan tentang komen yang dibuat kepada anda. Apa yang anda rasa? Adakah komen tersebut datang daripada orang yang rapat atau orang asing? Soalan-soalan ini akan membantu anda menentukan langkah seterusnya.

  2. Mulakan Perbualan
    Jika komen tersebut datang daripada seseorang yang anda kenal, mulakan perbualan dengannya. Jelaskan dengan jujur dan terbuka kepadanya tentang perasaan dan emosi anda terhadap komennya. Jika komen tersebut datang daripada orang yang tak dikenali, anda harus pertahankan diri anda dan nyatakan perasaan anda. Ini boleh menyedarkan orang lain sekiranya mereka melakukan “body shaming” secara tidak sengaja.

  3. Sempadan & Ruang
    Jika anda telah cuba bercakap secara jujur dengan seseorang, tapi dia masih membuat komen “body shaming” kepada anda, mungkin tiba masanya untuk menetapkan sempadan yang jelas. Sama ada dengan orang yang anda kenali atau tidak, ambil tindakan dan suarakan keresahan anda secara aktif semasa berbual (cth: “Tak suka la cakap pasal berat badan aku, cakap benda lain la,” dll.). Jika ini tidak berhasil, lebih baik anda jauhkan diri daripada individu tersebut sehingga anda rasa lebih baik.

  4. Minta Bantuan Pakar
    Jika masalah imej tubuh dan “body shaming” mula menjejaskan aktiviti harian, anda disarankan untuk mendapatkan bantuan pakar.

Komen “body shaming” mungkin sukar untuk ditangani, terutamanya jika anda sering menerimanya.
Kami harap langkah-langkah ini boleh membantu anda berhadapan dengan situasi ini. Yang penting,
anda selesa dengan diri anda (serta tubuh anda). Selain itu, penting juga untuk mempertahankan diri
anda dan menyuarakan keresahan anda kepada orang lain. Yang paling utama, sayangi diri sendiri
dan ingatlah bahawa tubuh anda tidak menentukan nilai diri anda!