5 Sebab ANDA Perlu Menyertai Program Positive Teens

Jika anda masih belum pasti, bacalah artikel ini. Berikut lima sebab mengapa anda harus menyertai
program Positive Teens. Antara manfaat yang anda akan dapat sebagai seorang Positive Teen ialah:

  1. Ruang Selamat Untuk Remaja Bertemu dan Menggilap Kemahiran Diri
    Program Positive Teens memberikan anda jalan untuk melupakan apa yang berlaku di sekolah atau rumah untuk beberapa jam dan meluangkan masa bersama rakan-rakan sebaya dalam ruang yang selamat. Sama ada untuk pertemuan makan tengahari, atau aktiviti sukarela di mana-mana acara, di sini anda berpeluang untuk menggilap kemahiran komunikasi, kepimpinan dan interpersonal anda.

  2. Saluran Untuk Mendapatkan Nasihat Pakar Kesihatan
    Mendapatkan bantuan pakar berkenaan topik-topik kesihatan mental dan fizikal boleh jadi hal yang sukar dibincangkan dengan keluarga anda. Kami mahu mengubah hal ini! Sebagai seorang Positive Teen, anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat yang diperakui oleh para pakar kesihatan.

  3. Sijil Rasmi & Anugerah
    Program Positive Teens mahu memberikan penghargaan kepada sesiapa yang benar-benar mendalami makna menjadi seorang “Positive Teen”. Penglibatan aktif dalam kegiatan Positive Teens melayakkan anda untuk mendapat sijil rasmi. Bagi sesiapa yang menunjukkan pencapaian cemerlang, anda juga layak mendapat hadiah dan anugerah tambahan.

  4. Kandungan Edutainmen
    Sebagai program “pakar-dan-remaja” pertama di Malaysia, kami ingin menyediakan kandungan bermanfaat yang tepat, boleh dipercayai dan terus daripada para pakar kesihatan. Apabila anda menyertai program Positive Teens, anda boleh mengakses terus kandungan edutainmen (hiburan+pendidikan) daripada kami.

  5. Peluang Berkhidmat Kepada Masyarakat
    Seorang “Positive Teen” bukan saja akan berusaha untuk menjadi diri yang terbaik, malah warga masyarakat yang lebih baik. Program Positive Teens akan memberikan banyak peluang untuk menyumbang semula kepada komuniti melalui acara mengumpul dana, kegiatan komuniti, aktiviti sukarelawan, dan banyak lagi!

Apa tunggu lagi? Sertai program Positive Teens sekarang!